20 Februari 2011

Bersama-sama Memeriahkan Majlis Maulidur Rasul


Salam Maulidur Rasul Buat semua Pengunjung Blog GIATMARA Betong Sarawak. Sempena dengan Hari Sambutan Maulidur Rasul di Betong, Giatmara turut mengambil bahagian dalam acara Perarakan Sepanduk. Hasil titik peluh dari beberapa orang pelatih serta tenaga pengajar Giatmara, Sepanduk Giatmara Betong siap dalam masa 2 hari dan telah mendapat tempat yang kedua dalam pertandingan menghias sepanduk.




Majlis Perarakan ini bermula kira-kira pada 7.30 pagi dan berakhir pada 12.00 tengahari. Beberapa Y.B telah dijemput.



13 Februari 2011

Giatmara Betong Kembali Rancak!















Dengan kehadiran barisan para pelatih baru, Giatmara Betong kini kembali meriah berjalan seperti biasa dimana kesemua pelatih bagi kedua-dua kursus iaitu Kursus Elektrik dan Kursus Teknologi Fabrikasi Logam dan Kimpalan kembali menjalankan aktiviti harian mereka bagi sesi Januari 2011. Berdasarkan Gambar diatas, ia jelas membuktikan bahawa sambutan rakyat serta semangat belia terhadap Giatmara masih belum lagi pupus dan ia semakin menonjol dari semasa ke semasa. Senaman pagi, Berkawat dan aktiviti membersih kawasan Giatmara merupakan aktiviti harian bagi semua pelatih di Giatmara Betong. Sekalung Penghargaan diucapkan kepada semua yang turut menjayakan aktiviti harian ini terutama sekali Komando yang mengetuai sesi Berkawat. Untuk lebih mengenali Barisan Para Pelatih sila klik pada link Di Bawah. Mara Terus Mara

Barisan Para Pelatih 

27 Disember 2010

Sesi Temuduga Pelatih Bagi Kemasukan Januari 2011












Sesi Pendaftaran Pelatih baru bagi sesi Januari 2011. Sesi Kemasukan Pelatih bagi kursus tersebut di kendali oleh dua orang Tenaga Pengajar Giatmara Betong iaitu En. Ali Bin Zamahari dan En. Jeffery Saing. Sesi Temuduga Pelatih ini berlansung selama seminggu. 

26 Disember 2010

Majlis Penyampai Sijil Pelatih Giatmara




























Majlis Penyampaian Sijil Para Pelatih Giatmara Betong, Giatmara Sri Aman dan Giatmara Lubuk Antu di mana Giatmara Sri Aman selaku penganjur. Lebih 100 orang pelatih yang menerima Sijil dimana ianya terdiri daripada beberapa kursus dalam tiap-tiap Giatmara. Bagi Giatmara Sri Aman, kursus yang di anjurkan ialah Kursus Komputer dan Maklumat serta Dandanan. Manakala, bagi Giatmara Betong, menawarkan kursus Kimpalan Arka & Fabrikasi Logam serta Kursus Pendawaian Elektrik