20 Februari 2011

Bersama-sama Memeriahkan Majlis Maulidur Rasul


Salam Maulidur Rasul Buat semua Pengunjung Blog GIATMARA Betong Sarawak. Sempena dengan Hari Sambutan Maulidur Rasul di Betong, Giatmara turut mengambil bahagian dalam acara Perarakan Sepanduk. Hasil titik peluh dari beberapa orang pelatih serta tenaga pengajar Giatmara, Sepanduk Giatmara Betong siap dalam masa 2 hari dan telah mendapat tempat yang kedua dalam pertandingan menghias sepanduk.




Majlis Perarakan ini bermula kira-kira pada 7.30 pagi dan berakhir pada 12.00 tengahari. Beberapa Y.B telah dijemput.



13 Februari 2011

Giatmara Betong Kembali Rancak!















Dengan kehadiran barisan para pelatih baru, Giatmara Betong kini kembali meriah berjalan seperti biasa dimana kesemua pelatih bagi kedua-dua kursus iaitu Kursus Elektrik dan Kursus Teknologi Fabrikasi Logam dan Kimpalan kembali menjalankan aktiviti harian mereka bagi sesi Januari 2011. Berdasarkan Gambar diatas, ia jelas membuktikan bahawa sambutan rakyat serta semangat belia terhadap Giatmara masih belum lagi pupus dan ia semakin menonjol dari semasa ke semasa. Senaman pagi, Berkawat dan aktiviti membersih kawasan Giatmara merupakan aktiviti harian bagi semua pelatih di Giatmara Betong. Sekalung Penghargaan diucapkan kepada semua yang turut menjayakan aktiviti harian ini terutama sekali Komando yang mengetuai sesi Berkawat. Untuk lebih mengenali Barisan Para Pelatih sila klik pada link Di Bawah. Mara Terus Mara

Barisan Para Pelatih